Botak Chin dilahirkan
dalam sebuah keluarga
yang mempunyai 10
beradik di Kuala Lumpur
pada tahun 1951.
Bapanya ialah pesara
jabatan kereta api yang
menghantarnya ke
sekolah rendah jenis
kebangsaan Cina di
Sentul Pasar dan
kemudian ke sekolah
Inggeris.
Dia berhenti sekolah
pada usia 15 tahun dan
bekerja sebagai
pembantu di pasar
borong Jalan Tun Ismail
selama setahun. Di
sinilah, Botak Chin
terpengaruh dengan
kegiatan jenayah dan
menyertai kongsi gelap
(Geng 360) yang
menguasai kawasan itu.
Selepas emaknya
meninggal dunia, dia
lebih suka tinggal di
rumah kawan-kawannya
dan terbabit dalam
jenayah kecil-kecilan
seperti mencuri. Kagum
dengan kehebatan
rakannya sebagai
gangster, dia berpakat
bersama tiga rakannya
(dua daripada mereka
memiliki pistol)
melakukan rompakan
pertama pada 19 April
1969.
Geng sendiri
Botak Chin kemudian
memiliki senjata
pertamanya revolver .22
lalu menubuhkan
gengnya sendiri dan
melakukan lapan
rompakan pada
Sept 1969.
Kegiatan itu berjaya
ditumpaskan. Botak Chin
ditahan dan dihukum
tujuh tahun penjara,
tetapi dibebaskan pada
Nov 1974.
Dia cuba menjadi seperti
orang lain, tetapi
pendapatan sebagai
penjual sayur tidak
memuaskan hatinya.
April 1975, Botak Chin
kembali aktif dengan
menubuhkan geng baru
yang dianggotai Ng
Cheng Wong (Ah Wong),
Beh Kok Chin (Pangkor
Chai) dan Teh Bok Lay
(Seh Chai). Sebulan
kemudian, Botak Chin
pergi ke Thailand dan
dengan bantuan
rakannya, dia membeli
senjata api. Botak Chin
tidak menunggu lama
dan pada 2 Jun, sebuah
pusat perjudian haram di
Sentul dirompak
RM5,800. Dengan duit
itu, dia pergi lagi ke
Thailand membeli lapan
senjata api, menjadikan
kesemuanya sebanyak 11
serta 100 butir peluru.
Kawasan lombong
tinggal di Kepong
menjadi medan dia
berlatih menembak
dengan anjing liar
sebagai antara sasaran
tembakan. Botak Chin
berasa cukup hebat dan
secara terang-terangan
mempamerkan senjata
apinya di pasar Sentul.
Orang yang melihat tidak
berani berkata apa-apa
kerana takut menjadi
mangsa balas dendam.
Pada 20 July sebuah
bank di Jalan Imbi
menjadi sasaran
rompakan dan RM95,000
berjaya dilarikan.
Dengan RM25,000
sebagai bahagiannya,
Botak Chin membeli
sebuah kereta Datsun
dan melalui rakannya,
dia membayar RM3,600
sebagai deposit. Tetapi
tidak diketahui sama ada
dia membayar ansuran
bulanan selepas itu.
Sebuah kuil Cina di Jalan
Kolam Ayer kemudian
menjadi sasaran.
Beberapa pemain
mahjung dirompak
RM10,000 selain barang
kemas dan barang
berharga lain.
Kemunculan semula
Botak Chin dengan siri
rompakannya mendapat
perhatian polis dan
Timbalan Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, Deputi
Superintendan S
Kulasingam ditugaskan
memburunya hingga ke
lubang cacing.
Kesukaran mendapatkan
senjata api baru
menyebabkan Botak Chin
menjadikan anggota
polis sebagai sasaran.
Dia merampas tiga pistol
milik tiga anggota polis
dan ketika merompak
sebuah bar di Sentul,
merampas senjata api
pengawal keselamatan.
Ketika merompak Kelab
Kereta Api Sentul selepas
itu, dia mencabar sesiapa
di situ untuk beradu
kehandalan menembak
ala koboi.
Pasukan polis terus
memburunya dan pada
September, polis
mengesan kereta Alfa
Romeo curi yang dinaiki
Botak Chin dan
anggotanya. Di
Segambut Dalam, selepas
dikejar sejauh 3.2
kilometer dan dihujani
tembakan polis, kereta
itu berhenti dan Botak
Chin segera menyelinap
di kawasan setinggan di
situ. Dalam keadaan
kelam kabut, mereka
tertinggal sepucuk .38
revolver. Botak Chin
bersama anggotanya,
termasuk seorang yang
cedera ditembak berjaya
melepaskan diri dengan
merampas sebuah kereta
Volvo milik seorang
pegawai bank.
Pada 25 Sept,
orang kanannya, Chau
Kuan (Ah Kuan) ditembak
mati di sebuah kedai
runcit di Jalan Kovil Hilir,
tetapi ini tidak
menghalang dia terus
melakukan rompakan.
Rompakan terbesar ialah
pada 26 Okt 1975.
Dia merampas RM218,000
selepas menembak
pengawal keselamatan
yang membawa wang di
Kelab Lumba Kuda. Hasil
agihan sebanyak
RM40,000, Botak Chin
pergi lagi ke Thailand
membeli senjata api
menjadikannya memiliki
19 senjata api, lima bom
tangan dan kira-kira
1,000 peluru.
Bagaimanapun,
kedudukan Botak Chin
sebagai ketua mula
terancam apabila ada
yang cuba mencabarnya.
Dia bertindak cepat dan
beberapa hari kemudian,
Tua Pui Lek (ketua geng
Lima Jari Gunung) dan
anggota gengnya sendiri,
Ah Wong, ditemui mati
ditembak di kawasan
lombong tinggal di
Jinjang. Seorang lagi
orang kanannya, Seh
Chai, pula mati
membunuh diri selepas
dikepung polis di Jalan
Alor.
Awal tahun 1976, Botak
Chin mengambil anggota
baru, diikuti tiga
rompakan dengan wang
yang dilarikan kira-kira
RM400,000 Pada masa
sama, tujuh orangnya
mati ditembak selain ada
yang ditangkap. Polis
juga merampas 15
senjata api, peluru dan
bom. Ssterusnya selepas
perancangan rapi polis,
akhirnya Botak Chin
sendiri terjerat pada
malam 16 Feb 1976.
Setahun selepas
ditangkap, Botak Chin
mencatat sejarah
sebagai orang pertama
mengaku bersalah
apabila didakwa
mengikut Akta
Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) yang
membawa kepada
hukuman mati
mandatori. Peguamnya,
Jagjit Singh, membuat
rayuan terhadap
hukuman itu hingga
peringkat Majlis Privi
yang mengenepikan
penghakiman dan
hukuman mati itu serta
mengarahkan
perbicaraan semula.
Botak Chin dibicara
semula pada 1 April 1980
dan ketika inilah dia
mendakwa sebagai Robin
Hood moden, merompak
orang kaya untuk
menolong orang miskin,
tetapi sejarah
membuktikan sebaliknya.
Dia akhirnya didapati
bersalah pada 16 Mei
1980 dan rayuannya
kepada Mahkamah
Persekutuan ditolak
pada 23 Sept
Rayuan kepada Lembaga
Pengampunan juga
ditolak. Ketika
menunggu dihukum
gantung, dua kali Botak
Chin menyerang pegawai
penjara.
Ketika berusia 28 tahun,
riwayat Botak Chin
sebagai penjenayah
ganas dan kejam
berakhir di tali gantung
di Penjara Pudu pada
11 Jun 1981
Thursday, September 30, 2010
Elok je ada rambut.. Nape panggil botak?
Whooped by Whoopz @ 9/30/2010 10:09:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 whooperz:
ak mmg rase entry ni pasal botak chin berdasarkan title je... serius... maybe ni salah satu petunjuk allah bahawa ak ade kuasa phycic...
crazy labelle : hahah.. entry kupi n pes dr wiki.. smlm gwa tgk pasal botak chin kat tv..
oo... samala...
skang ak tgh rompak bank...
sama lg x kite?
crazy : hahah.. sempat lg 0nline?
wa lg yang komen... ish3... nmpak sgt xde keje... padahal kul 4 ade mid term... wahaha...
crazy : hahah.. sama ar kite.. cuma gwa xde mid term pukul 4 ni.. :p
waaa...patot ar familiar jek name die nie..
org glemer upernye..hehehe
APASAL XDE PERENGGAN?!!
Alya : kat tv selalu kuar pasal dia lately..
Myth : copy n paste from wikipedia.. :)
sejarah ni...nice n3
Brutalsolo : sejarah hitam.. Heheh
dulu kecik2 selalu main permainan
din din aladin
naik motor xde lesen
nak khawin xde cincin
kepala botak licin?
macm sape?
macam botak chin
x thu pualk botak chin tu wujud
Yuna : memang wujud.. The m0st wanted criminal in the 70's..
Post a Comment