Botak Chin dilahirkan
dalam sebuah keluarga
yang mempunyai 10
beradik di Kuala Lumpur
pada tahun 1951.
Bapanya ialah pesara
jabatan kereta api yang
menghantarnya ke
sekolah rendah jenis
kebangsaan Cina di
Sentul Pasar dan
kemudian ke sekolah
Inggeris.
Dia berhenti sekolah
pada usia 15 tahun dan
bekerja sebagai
pembantu di pasar
borong Jalan Tun Ismail
selama setahun. Di
sinilah, Botak Chin
terpengaruh dengan
kegiatan jenayah dan
menyertai kongsi gelap
(Geng 360) yang
menguasai kawasan itu.
Selepas emaknya
meninggal dunia, dia
lebih suka tinggal di
rumah kawan-kawannya
dan terbabit dalam
jenayah kecil-kecilan
seperti mencuri. Kagum
dengan kehebatan
rakannya sebagai
gangster, dia berpakat
bersama tiga rakannya
(dua daripada mereka
memiliki pistol)
melakukan rompakan
pertama pada 19 April
1969.
Geng sendiri
Botak Chin kemudian
memiliki senjata
pertamanya revolver .22
lalu menubuhkan
gengnya sendiri dan
melakukan lapan
rompakan pada
Sept 1969.
Kegiatan itu berjaya
ditumpaskan. Botak Chin
ditahan dan dihukum
tujuh tahun penjara,
tetapi dibebaskan pada
Nov 1974.
Dia cuba menjadi seperti
orang lain, tetapi
pendapatan sebagai
penjual sayur tidak
memuaskan hatinya.
April 1975, Botak Chin
kembali aktif dengan
menubuhkan geng baru
yang dianggotai Ng
Cheng Wong (Ah Wong),
Beh Kok Chin (Pangkor
Chai) dan Teh Bok Lay
(Seh Chai). Sebulan
kemudian, Botak Chin
pergi ke Thailand dan
dengan bantuan
rakannya, dia membeli
senjata api. Botak Chin
tidak menunggu lama
dan pada 2 Jun, sebuah
pusat perjudian haram di
Sentul dirompak
RM5,800. Dengan duit
itu, dia pergi lagi ke
Thailand membeli lapan
senjata api, menjadikan
kesemuanya sebanyak 11
serta 100 butir peluru.
Kawasan lombong
tinggal di Kepong
menjadi medan dia
berlatih menembak
dengan anjing liar
sebagai antara sasaran
tembakan. Botak Chin
berasa cukup hebat dan
secara terang-terangan
mempamerkan senjata
apinya di pasar Sentul.
Orang yang melihat tidak
berani berkata apa-apa
kerana takut menjadi
mangsa balas dendam.
Pada 20 July sebuah
bank di Jalan Imbi
menjadi sasaran
rompakan dan RM95,000
berjaya dilarikan.
Dengan RM25,000
sebagai bahagiannya,
Botak Chin membeli
sebuah kereta Datsun
dan melalui rakannya,
dia membayar RM3,600
sebagai deposit. Tetapi
tidak diketahui sama ada
dia membayar ansuran
bulanan selepas itu.
Sebuah kuil Cina di Jalan
Kolam Ayer kemudian
menjadi sasaran.
Beberapa pemain
mahjung dirompak
RM10,000 selain barang
kemas dan barang
berharga lain.
Kemunculan semula
Botak Chin dengan siri
rompakannya mendapat
perhatian polis dan
Timbalan Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, Deputi
Superintendan S
Kulasingam ditugaskan
memburunya hingga ke
lubang cacing.
Kesukaran mendapatkan
senjata api baru
menyebabkan Botak Chin
menjadikan anggota
polis sebagai sasaran.
Dia merampas tiga pistol
milik tiga anggota polis
dan ketika merompak
sebuah bar di Sentul,
merampas senjata api
pengawal keselamatan.
Ketika merompak Kelab
Kereta Api Sentul selepas
itu, dia mencabar sesiapa
di situ untuk beradu
kehandalan menembak
ala koboi.
Pasukan polis terus
memburunya dan pada
September, polis
mengesan kereta Alfa
Romeo curi yang dinaiki
Botak Chin dan
anggotanya. Di
Segambut Dalam, selepas
dikejar sejauh 3.2
kilometer dan dihujani
tembakan polis, kereta
itu berhenti dan Botak
Chin segera menyelinap
di kawasan setinggan di
situ. Dalam keadaan
kelam kabut, mereka
tertinggal sepucuk .38
revolver. Botak Chin
bersama anggotanya,
termasuk seorang yang
cedera ditembak berjaya
melepaskan diri dengan
merampas sebuah kereta
Volvo milik seorang
pegawai bank.
Pada 25 Sept,
orang kanannya, Chau
Kuan (Ah Kuan) ditembak
mati di sebuah kedai
runcit di Jalan Kovil Hilir,
tetapi ini tidak
menghalang dia terus
melakukan rompakan.
Rompakan terbesar ialah
pada 26 Okt 1975.
Dia merampas RM218,000
selepas menembak
pengawal keselamatan
yang membawa wang di
Kelab Lumba Kuda. Hasil
agihan sebanyak
RM40,000, Botak Chin
pergi lagi ke Thailand
membeli senjata api
menjadikannya memiliki
19 senjata api, lima bom
tangan dan kira-kira
1,000 peluru.
Bagaimanapun,
kedudukan Botak Chin
sebagai ketua mula
terancam apabila ada
yang cuba mencabarnya.
Dia bertindak cepat dan
beberapa hari kemudian,
Tua Pui Lek (ketua geng
Lima Jari Gunung) dan
anggota gengnya sendiri,
Ah Wong, ditemui mati
ditembak di kawasan
lombong tinggal di
Jinjang. Seorang lagi
orang kanannya, Seh
Chai, pula mati
membunuh diri selepas
dikepung polis di Jalan
Alor.
Awal tahun 1976, Botak
Chin mengambil anggota
baru, diikuti tiga
rompakan dengan wang
yang dilarikan kira-kira
RM400,000 Pada masa
sama, tujuh orangnya
mati ditembak selain ada
yang ditangkap. Polis
juga merampas 15
senjata api, peluru dan
bom. Ssterusnya selepas
perancangan rapi polis,
akhirnya Botak Chin
sendiri terjerat pada
malam 16 Feb 1976.
Setahun selepas
ditangkap, Botak Chin
mencatat sejarah
sebagai orang pertama
mengaku bersalah
apabila didakwa
mengikut Akta
Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) yang
membawa kepada
hukuman mati
mandatori. Peguamnya,
Jagjit Singh, membuat
rayuan terhadap
hukuman itu hingga
peringkat Majlis Privi
yang mengenepikan
penghakiman dan
hukuman mati itu serta
mengarahkan
perbicaraan semula.
Botak Chin dibicara
semula pada 1 April 1980
dan ketika inilah dia
mendakwa sebagai Robin
Hood moden, merompak
orang kaya untuk
menolong orang miskin,
tetapi sejarah
membuktikan sebaliknya.
Dia akhirnya didapati
bersalah pada 16 Mei
1980 dan rayuannya
kepada Mahkamah
Persekutuan ditolak
pada 23 Sept
Rayuan kepada Lembaga
Pengampunan juga
ditolak. Ketika
menunggu dihukum
gantung, dua kali Botak
Chin menyerang pegawai
penjara.
Ketika berusia 28 tahun,
riwayat Botak Chin
sebagai penjenayah
ganas dan kejam
berakhir di tali gantung
di Penjara Pudu pada
11 Jun 1981
Thursday, September 30, 2010
Elok je ada rambut.. Nape panggil botak?
Whooped by Whoopz @ 9/30/2010 10:09:00 AM 13 whooperz
Wednesday, September 29, 2010
anger management!
Make youranger soexpensivethatno one canafford it,Andkeep yourhappiness freeof costsoeveryone canshareit..Popularsaying said: "most peoplefeel powerlessto helpothers, whenin fact everysinglehumanhas apower withinthem thatwhen directedproperly willhelp beyondanything else"
Whooped by Whoopz @ 9/29/2010 10:54:00 AM 3 whooperz
Tuesday, September 28, 2010
Happy birthday Google!
Happy 12th Birthday Google!
Kek 10th birthday pun bleh la en g0ogle ek? Hahah..
Whooped by Whoopz @ 9/28/2010 11:39:00 AM 5 whooperz
Monday, September 27, 2010
I got a kn0cked down!
Setelah dpt 1 k0men baru la gwa edit posting ni.. Hahah..
Sebenarnya kalau gwa post video memang gwa xkan nampak pape via operamini neh.. Gwa juz nampak tajuknya je..
Tima kasih la cik zie coz confirmkan yg vdeo tu ada kat cni.. Hahaha..
Video ni kalau x silap gwa masa kat cherating.. Kat bulan.. Hah? Mana satu neh? Cherating ke bulan? Agak2 ar.. Takkan ar bulan ada pantai? Hahaha..
Ekceli.. (Saje nak type lg 'exceli' coz gwa nak org tu geli lg bila baca word tu.. Hahaha..)
Ok.. Here we go again.. Exceli.. Nama restoran yg ada kat tepi pantai tu bulan.. Memang best ar lepak cni.. Bwk awek memang lomentik gile ar.. Dulu selalu la gwa bwk nora danish kat cni.. (Pembohongan yang amat nyata) hahaha... Penah la 2-3 kali camping kat cni.. Video gwa ambik masa subuh.. Gwa jalan2 menyusuri pantai.. Ceh! Rasa berbunga-bunga la pulak ayat gwa.. X rawks der.. :p
Lagu tu plak baru je gwa edit masuk dlm vdeo tu.. Kalau gwa rasa d0wn, lagu tu ar yg gwa dengar.. Leh up blk down sindr0m gwa.. Hahah.. Bleh x guna d0wn sindr0m kat ctu? Bleh je.. Lantak.. Pedulikan..
P then S : find a reas0n.. N live life to fullest..
Whooped by Whoopz @ 9/27/2010 10:57:00 AM 10 whooperz
Friday, September 24, 2010
Apalagiyanglumasakni?
Masak asam pedas ikan jemuduk ngan kankung goreng belacan..
Ni je menu lunch gwa ngan my mum ari ni.. Setelah bersilat kat dpr, siap gak akhirnya.. Air asam jawa yg lebih wat masak tu gwa wat basahkan kepala gwa.. Best je rasa.. Chepalgia.. Pls go away.. Dah lama lu ngan gwa neh..
⊙ nak tau laptop korang jantan ke betina? klik sini laju²
Whooped by Whoopz @ 9/24/2010 02:21:00 PM 11 whooperz
Thursday, September 23, 2010
CEPHALGIA!
Dah 4 hari.. Rasa mcm nak tebuk je tengkorak kepala gwa.. Kasi otak gwa dpt lebih oxygen.. Gwa syak otak gwa kurang oxygen.. Berdenyut je 24 jam.. (Tipu.. Masa tido x rasa denyut²)
Td ada member gwa ckp darah gwa naik.. Urgh.. Wutta hell! Gwa ada darah tinggi ke? Tinggi sgt ke darah gwa? Damn.. Bikin gwa naik darah je.. Sama ke darah naik ngan naik darah?
Dah.. Xnak fikir.. Nanti bertambah skt kepala gwa.. Dah lama penyakit ni x muncul.. Dah setahun setengah since last attack! Paracetam0l yg mak gwa dpt dr klinik dah abes gwa telan.. X ok gak.. Mata gwa bleh bukak separuh je.. Asal baring je mesti tido..
X bleh ke sakit kepala ni dipindahkan kat siku kejap.. Then kat lutut jap.. Rasanya mcm nak hantuk² je kelapa kat dinding.. Guna kelapa mewakili kepala.. Guna kepala sakit.. Hahah..
Ada apa2 petua nak hilangkan skt kepala x? Selain dr gi klinik..
X ske ar g klinik..
Dah tu apekebendenya cephalgia tu?
Nak tau tekan sini slow²
Whooped by Whoopz @ 9/23/2010 02:52:00 PM 12 whooperz
Monday, September 20, 2010
Cerita raya
Raya kat rumah gwa taun ni meriah sket.. Walaupun my m0m a.k.a 'the big boss' ada sedikit xcident n kurang sht dihari raya..
Raya tahun ni berbeza sket pasal ada dak kecik kat atas tu.. (Last yr pun ada gak.. Cuma last yr kecik lg..) Mcm² perangai dak kecik ni.. Menari, menyanyi.. N ske sgt kalau org snap gambar dia.. Ckp je suh pose mcm mana pun.. Dia mesti buat.. Bleh jd malaysian Nex top model kot? :p.. Nama dak kecik ni danisha.. Newest member in my family.. Sgt2 talkative.. Mcm2 dia tanya.. Cerita hantu @ momok je yg bleh wat diam.. Dia akan diam dr mula cite sampai la abes.. Tgk plak sambil duk nyuruk belakang gwa.. Takot.. Tp nak tgk.. Ske gwa melayan budak² mcm ni.. Dia pun rapat sgt ngan gwa.. Tiap kali dak kecik ni kiss gwa dia akan ckp 'wangi..' hahahah.. Pandai bodek bdk ni..
Ni nak cite pasal xcident mak gwa plak.. Malam raya tu gwa xde kat rumah.. Gwa ke kuala pahang.. (Kat pekan, gwa kat kuantan) Gi ambik sate yg gwa tempah dr awal puasa lg ngan member gwa.. Walaupun jauh, berbaloi gak la.. Sedap gak sate x-guitarist gwa ni.. Kawan² punya bisnes.. Gwa mesti support! Balik dr rumah member gwa tu dlm pukul 2.30am da kot.. Seme dah tido.. Kak l0ng bukak pintu.. Ayat yg keluar dr mulut dia bila nampak je muka gwa
'mak jatuh dalam minyak!'
Gwa : hah!
Gwa dah terbayang minyak panas dlm kuali tembaga yg selalu kitaorg guna utk goreng ayam tu.. Damn! Ishk..
Then kakak gwa tenangkan gwa.. Katanya mak x pape.. Minyak tu dah sejuk.. Cuma mak gwa skt pasal jatuh je..
Gwa pun angkot la sate² yg gwa bwk blk tu ke dpr.. Seme org bgn.. Pukul 2.30 pg pakat² mkn sate.. Then mak gwa pun turun sama kat dpr.. Join makan satey ngan anak cucu dia.. Gwa tanya ngapanya sampai leh jatoh dlm minyak.. Katanya dia saje nak tgk apa yg ada dlm kuali tu.. Ntah mcm mana bleh jatuh plak..
Ishk.. Big bos ni.. Terhenti kejap jantung gwa mula² dgr pasal dia jatuh tu..
Esoknya di pg raya anak cucu mak gwa bersalam ngan mak kat dalam bilik dia je.. Mak x larat nak bgn..
Dah tgh ari baru la dia bleh bgn..
Sekian karangan gwa yg bertajuk 'satu hari dimalam dan pagi raya'
:p
Whooped by Whoopz @ 9/20/2010 10:59:00 AM 10 whooperz
Tuesday, September 14, 2010
Maxis oh maxis!
Dari 2-3 ari sebelum raya sampai la smlm maxis kat kampung gwa wat hal.. MY MAXIS langsung xde kat screen henp0n gwa.. Hari raya pertama gwa tep0n maxis centre mengadu hal..
Mcm2 yg operator tu mintak.. Landmark terdekat.. Jarak rumah gwa ngan landmark tu.. Nama gwa n mcm-mcm lg la.. Lepas 4-5 hari, gwa try 0n gwa punya sim maxis.. Hah.. Ada pun line.. Berderet msg masuk.. Salah 1 msg tu dr 6503! Apekebendanya? Gwa bukak tgk msg dr maxis centre..
Maxis CS: Dear Sir/Madam, we have tried to reach you but were unsuccessful. Please call us at 123 from your Maxis Mobile and quote C8067644 for updates. TQ MAXIS
Gwa try call 123 tu.. Hampeh.. Xdpt! Awek yg ckp tu suh gwa tep0n 1 300 ape tah.. X kuasa gwa.. Line dah ada.. Lantak ar.. S0 xtiviti bertenet bleh la gwa xtivkan kembali.. Hahah.. Sangap wei lama x bertenet..
Dear Sir/Madam maxis.. Laen kali lu jgn wat mcm ni lg.. Time² raya la lu nak wat hal.. Lg skali lu bikin kacau gwa dah x nak kasi chance lg.. Gwa akan beralih arah.. Hahah..
Lu nampak gambar xpax kat atas tu.. Tenet laju gak tu.. F.o.c! :)
Whooped by Whoopz @ 9/14/2010 10:07:00 PM 6 whooperz
Wednesday, September 08, 2010
Doc cun, mak gwa n gwa
Dah dkt nak raya.. Anak² jiran sebelah rumah gwa semuanya dah berkumpul kat rumah.. Anak² mak gwa? Gwa je la yg ada wat masa ni.. Maybe jap² lg blk la kot.. Dem.. Nak raya byk keje nak kena buat.. Dlm rumah nak kemas.. Luar rumah nak kena kemas.. Nak ngecat lg... Urgh.. X larat weh.. Urat² dah bersimpul.. Mak pulak makin dkt nak raya makin x sht.. Sepanjang bulan pose ni dia asyik baring je.. Dah dkt nak berbuka baru gwa kejutkan dia.. Lepas berbuka kalau dia larat dia solat.. Kalau x dia baring semula.. Cuma waktu pagi je dia nampak sht sket.. Start dr tengah ari sampai ke malam baring je.. Pape yg dia nak makan waktu berbuka gwa usahakan la jugak masakkan..
Pagi tadi gwa bwk mak gwa pegi klinik.. Mcm yg gwa syak.. Darah dia naek lg.. 200++.. Tinggi gile.. Patot ar lately dia pening².. Doc kasi ubt untuk stabilkan darah mak gwa.. Lps makan ubt darah dia turun sket..
Mak kata arini doc baru yg check dia.. Cun katanya.. Mcm heroin hindustan.. Jarang2 mak gwa puji perempuan cantik dpn gwa.. Then masa tunggu mak gwa kat klinik tu sempat la gwa sekilas pandang kat doc yg cun tu.. Memang cun.. Tinggi lampai cutting mcm owner inibelogsaya.. Gwa tertunduk malu bila doc cun tu pandang gwa.. Hahahah..
Tp.. Ishk.. Doc! Napenya mak gwa xleh nak ckp mcm biasa bila dia mkn ubt lu ek doc? Lu kasi ubt ape? 2-3 perkataan pertama je yg gwa phm ape yg keluar dr mulut mak gwa.. Yg lain tu langsung xde 'maknanya' sebutan dia.. Sebelum ni ada gak la doc yg laen kasi ubt utk turunkan darah dia.. Tp xde plak effect mcm ni.. Ishk..
Esok kalau mak gwa still ckp x betol lg siap la lu doc.. Akan gwa soal lu bertekan tubi ngan soalan² bodoh gwa..
Sudahnya lepas berbuka ngan secawan nescafe td gwa bwk mak gwa g klinik swasta pulak.. Kali ni gwa masuk dlm bilik doc tu.. Perempuan.. Muda lg.. Mcm x percaya je yg dia ni doc.. Tp bila gwa serahkan ubt² yg mak gwa dpt dr klinik kerajaan td kat dia ngan selambanya dia bleh terangkan satu² pasal ubt² tu.. Sah lah dia tu doc.. Kata dia pasal mak gwa ckp x betol tu maybe side effect dr ubt yg mak gwa makan pg tadi kat klinik kerajaan tu.. Katanya xde pape.. Esok ok la.. Tp gwa risau.. X penah pun jadi mcm gini..
Nak x nak gwa terpaksa la tunggu esok.. Harap² mak ok la esok..
Arini mak gwa x mkn ape pun.... Xde m0od nak makan.. Mee rebus yg gwa letak tepi meja kecik kat katil dia x terusik pun.. Gwa paksa dia mkn.. Dia xnak gak.. At last gwa gak kena marah.. Abes tu mcm mana nak mkn ubat 'selepas makan' kalau x makan???
Esok mak gwa xleh pose lg.. Dia kena mkn ubt... Gwa taw dia berat sgt² nak 'tuang' pose.. Katanya x larat nak ganti.. Tp nak buat mcm mana.. Dah skt.. Bukan sengaja wat² sakit..
Esok harap² ada la akak n abg² gwa sampai... X ler gwa gelabah ke hulu ke hilir sorang² mcm arini..
Mak.. Lu.. Eh.. Lu pulak dah..
Mak.. Mak kena ok esok.. Raya da dkt.. X rawks ar raya ni kalau mak x okay..
Ape la yg gwa bebel neh.. Penat dah ibu jari gwa type entry ni.. Dah le 1 button nak kena tekan byk kali nak dptkan 1 huruf.. Bengkak ibu jari gwa kalau ari² type entry mcm ni.. Kena guna henp0n keypad 'QWERTY' kot.. Tp rasa mcm x logik je kan henpon guna keypad mcm tu? Xde maknanya.. Xkan samanya ngan keyboard pc or laptop.. Size does matter ayte? :p
Pekehal bebel pasal keypad pulak neh?
K ar.. The end is near n the end is here.. Babai..
Selamat ari raya.. \m/
Whooped by Whoopz @ 9/08/2010 11:10:00 AM 10 whooperz
Sunday, September 05, 2010
789
Yang ni 7
Yang ni 8
Dan.. Yang ni pulak 9
Dah.. Tu je yg gwa nak p0st.. 789..
Mwahahaha...
Tp mcm x best ar plak kalau gwa x cite apa kaitan 789 ngan keta² yg kat atas tu kan.. Semua keta kat atas tu jenis chevy.. 1st pic model tahun 1957.. 2nd 1958 n 3rd 1959.. American muscle car.. V8! The s0und of v8 is like a music to my ears.. Gwa memang minat ngan v8 neh.. Garang gile bunyiknya.. Bleh meremang bulu roma gwa..
Walaupun fizikal keta² ni xlah secun lambhorgini, ast0n martin n yg sewaktu dgnnya tp bwh b0net keta² ni terpasang engine yg x kurang hebatnya berbanding supercar² yg ada kat pasaran skrg..
Td gwa baru je tgk cite 'crash & burn' kat tv.. Cite pasal curi keta.. Keta yg paling susah yg nak dicuri ialah keta chevy 789.. Gwa pening² gak pikirkan keta 789 ni.. X penah gwa dgr lg pasal keta ni.. Gwa pun g0ogle la pasal 789 ni.. Dem... Hot! Hot! Hot!
Tu je yang gwa bleh ckp..
V8! 400hp!!!
Tercipta hasil gabungan chevy model tahun 57, 58 n 59! S0 diaorg namakan chevy ni 789.. Kali pertama gwa tgk keta ni gwa dah jatuh chenta.. She's a beauty with the beast under her h0od.. Damn! Jantung gwa berdegup kencang bila tgk keta ni..
6.0 liter Ls2 400+ horsepower!
Ni corvette cr-6.. The best supercar GMC ever built.. X silap gwa model tahun 2005.. Chassis corvette ni digunakan chevy 789! Kewl ayte?
Masalahnya..
Mana gwa nak cari $135k? Dollar! Bukan ringgit.. Apa kata lu klik nuffnang gwa laju²...
Agak² dlm 50 tahun lg cukup la duit nuff gwa nak beli 789 ni.. Hahaha..
⊙ eh! Gwa ada nuffnang ke?
Hahaha..
Whooped by Whoopz @ 9/05/2010 09:21:00 PM 9 whooperz