BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, August 13, 2011

nafsu






Dalam sebuah kitab
karangan ‘Ustman bin
Hasan bin Ahmad Asy-
Syaakir Alkhaubawiy i,
seorang ulama yang
hidup dalam abad ke XIII
Hijrah, menerangkan
bahawa sesungguhnya
Allah S.W.T telah
menciptakan akal, maka
Allah S.W.T telah
berfirman yang
bermaksud : “Wahai akal
mengadaplah engkau.”
Maka akal pun mengadap
kehadapan Allah S.W.T.,
kemudian Allah S.W.T
berfirman yang
bermaksud : “Wahai akal
berbaliklah engkau!”, lalu
akal pun
berbalik. Kemudian Allah
S.W.T. berfirman lagi
yang bermaksud : “Wahai
akal! Siapakah aku?”.
Lalu akal pun berkata,
“Engkau adalah Tuhan
yang menciptakan aku
dan aku adalah hamba-
Mu yang daif dan lemah.”
Lalu Allah S.W.T
berfirman yang
bermaksud : “Wahai akal
tidak Ku-ciptakan
makhluk yang lebih mulia
daripada engkau.”
Setelah itu Allah S.W.T
menciptakan nafsu, dan
berfirman kepadanya
yang bermaksud : “Wahai
nafsu, mengadaplah
kamu!” . Nafsu tidak
menjawab sebaliknya
mendiamkan diri.
Kemudian Allah S.W.T
berfirman lagi yang
bermaksud : “Siapakah
engkau dan siapakah
Aku?” . Lalu nafsu
berkata, “Aku adalah
aku, dan Engkau adalah
Engkau.”
Setelah itu Allah S.W.T
menyiksanya dengan
neraka jahim selama 100
tahun, dan kemudian
mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T
berfirman yang
bermaksud : “Siapakah
engkau dan siapakah
Aku?” . Lalu nafsu
berkata, “Aku adalah aku
dan Engkau adalah
Engkau.”
Lalu Allah S.W.T menyiksa
nafsu itu dalam neraka
Juu’ selama 100 tahun.
Setelah dikeluarkan
maka Allah S.W.T
berfirman yang
bermaksud : “Siapakah
engkau dan siapakah
Aku?” . Akhirnya nafsu
mengakui dengan
berkata,
” Aku adalah hamba-Mu
dan Kamu adalah
tuhanku.”
Dalam kitab tersebut
juga diterangkan bahawa
dengan sebab itulah
maka Allah S.W.T
mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah
kita mengetahui bahawa
nafsu itu adalah sangat
jahat oleh itu hendaklah
kita mengawal nafsu itu,
jangan biarkan nafsu itu
mengawal kita, sebab
kalau dia yang mengawal
kita maka kita akan
menjadi musnah...

4 whooperz:

Unknown said...

semoga kita sama2 dipelihara drp nafsu :-)

selamat berpuasa Whoopz

HEROICzero said...

degil bebeno napsu ni ! ahahaha ~


Selamat berpuasa . =)

Whoopz said...

alya : selamat berpuasa cik alya.. :)

hero : memang degil.. Selamat berpuasa bro..

Unamn said...

hmm nafsu ni kita kne didik.. kalau kita dh terbiasa ikut prngai syaitan .. tiada syaitan pun kita akn jht kn whoopz?