BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, August 20, 2011

mana mak?

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan
pintu. Wajah Mak
kelihatan resah. Mak
tunggu adik bongsu balik
dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari
sawah.
Ayah tanya Mak, “Along
mana?’
Mak jawab, “ Ada di
dapur tolong siapkan
makan.”
Ayah tanya Mak lagi,”
Angah mana?”
Mak jawab, “Angah
mandi, baru balik main
bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh
mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak
Cik tengok tv dengan
Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik
dah balik?”
Mak jawab, “Belum.
Patutnya dah balik.
Basikal adik rosak kot.
Kejap lagi kalau tak balik
juga jom kita pergi cari
Adik.”
Mak jawab soalan ayah
penuh yakin. Tiap-tiap
hari ayah tanya soalan
yang sama. Mak jawab
penuh perhatian. Mak
ambil berat di mana
anak-anak Mak dan
bagaimana keadaan
anak-anak Mak setiap
masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun
kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju
ayah basah. Hujan turun
sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana
Mak?”
Along sedang membelek-
belek baju barunya.
Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana
Mak?”
Angah menonton tv.
Angah jawab, “Mana
Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana
Mak?”
Ayah menunggu lama
jawapan dari Ateh yang
asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi,
"Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca
majalah tanpa menoleh
kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana
Mak?”
Alang tidak jawab. Alang
hanya mengoncang bahu
tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya
Kak Cik dan Adik yang
sedang melayan
facebook. Ayah tahu yang
Ayah tidak akan dapat
jawapan yang ayah
mahu.
Tidak ada siapa tahu di
mana Mak. Tidak ada
siapa merasa ingin tahu
di mana Mak. Mata dan
hati anak-anak Mak tidak
pada Mak. Hanya mata
dan hati Ayah yang
mencari-cari di mana
Mak.
Tidak ada anak-anak Mak
yang tahu setiap kali
ayah bertanya, "Mana
Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu
bersuara, “Mak ni dah
senja-senja pun merayap
lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah
mendengar kata-kata
Adik.
Dulu anak-anak Mak
akan berlari mendakap
Mak apabila balik dari
sekolah. Mereka akan
tanya "Mana Mak?"
apabila Mak tidak
menunggu mereka di
depan pintu.
Mereka akan tanya,
"Mana Mak." Apabila
dapat nomor 1 atau kaki
melecet main bola di
padang sekolah. Mak
resah apabila anak-anak
Mak lambat balik. Mak
mahu tahu di mana
semua anak-anaknya
berada setiap waktu dan
setiap ketika.
Sekarang anak-anak
sudah besar. Sudah lama
anak-anak Mak tidak
bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak
besar, soalan "Mana
Mak?" semakin hilang
dari bibir anak-anak
Mak .
Ayah berdiri di depan
pintu menunggu Mak.
Ayah resah menunggu
Mak kerana sudah senja
sebegini Mak masih
belum balik. Ayah risau
kerana sejak akhir-akhir
ini Mak selalu mengadu
sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok
Mak berjalan memakai
payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak
keluar dari kainnya.
Hujan masih belum
berhenti. Mak menjinjit
dua bungkusan plastik.
Sudah kebiasaan bagi
Mak, Mak akan bawa
sesuatu untuk anak-anak
Mak apabila pulang dari
berjalan.
Sampai di halaman rumah
Mak berhenti di depan
deretan kereta anak-
anak Mak. Mak buangkan
daun-daun yang
mengotori kereta anak-
anak Mak. Mak usap
bahagian depan kereta
Ateh perlahan-lahan.
Mak rasakan seperti
mengusap kepala Ateh
waktu Ateh kecil. Mak
senyum. Kedua bibir Mak
diketap repat. Senyum
tertahan, hanya Ayah
yang faham. Sekarang
Mak tidak dapat lagi
merasa mengusap kepala
anak-anak seperti masa
anak-anak Mak kecil
dulu. Mereka sudah
besar. Mak takut anak
Mak akan menepis
tangan Mak kalau Mak
lakukannya.
Lima buah kereta milik
anak-anak Mak berdiri
megah. Kereta Ateh
paling gah. Mak tidak
tahu pun apa kehebatan
kereta Ateh itu. Mak
cuma suka warnanya.
Kereta warna merah
bata, warna kesukaan
Mak. Mak belum merasa
naik kereta anak Mak
yang ini.
Baju mak basah kena
hujan. Ayah tutupkan
payung mak. Mak bagi
salam. Salam Mak tidak
berjawab. Terketar-ketar
lutut Mak melangkah
anak tangga. Ayah pimpin
Mak masuk ke rumah.
Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan
di atas meja. Sebungkus
rebung dan sebungkus
kueh koci pemberian Mak
Uda untuk anak-anak
Mak. Mak Uda tahu
anak-anak Mak suka
makan kueh koci dan
Mak malu untuk meminta
untuk bawa balik. Namun
raut wajah Mak sudah
cukup membuat Mak
Uda faham.
Semasa menerima
bungkusan kueh koci dari
Mak Uda tadi, Mak
sempat berkata kepada
Mak Uda, "Wah
berebutlah budak-budak
tu nanti nampak kueh
koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya
itulah bayangan Mak.
Mak bayangkan anak-
anak Mak sedang
gembira menikmati kueh
koci sebagimana masa
anak-anak Mak kecil
dulu. Mereka berebut
dan Mak jadi hakim
pembuat keputusan
muktamat. Sering kali
Mak akan beri bahagian
Mak supaya anak-anak
Mak puas makan.
Bayangan itu sering
singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar
baju yang basah itu. Mak
akur.
Selepas Mak tukar baju,
Ayah iring Mak ke dapur.
Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak
seorang pun yang
menoleh kepada Mak.
Mata dan hati anak-anak
Mak sudah bukan pada
Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur
dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah
tidak boleh
mengharapkan anak-
anak melompat-lompat
gembira dan berlari
mendakapnya seperti
dulu.
Ayah temankan Mak
makan. Mak menyuap
nasi perlahan-lahan,
masih mengharapkan
anak-anak Mak akan
makan bersama. Setiap
hari Mak berharap
begitu. Hanya Ayah yang
duduk bersama Mak di
meja makan setiap
malam.
Ayah tahu Mak penat
sebab berjalan jauh.
Siang tadi Mak pergi ke
rumah Mak Uda di
kampung seberang untuk
mencari rebung. Mak
hendak masak rebung
masak lemak cili api
dengan ikan masin
kesukaan anak-anak
Mak.
Ayah tanya Mak kenapa
Mak tidak telepon suruh
anak-anak jemput. Mak
jawab, "Saya dah suruh
Uda telepon budak-budak
ni tadi. Tapi Uda kata
semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda
telepon anak-anak yang
Mak tidak boleh berjalan
balik sebab hujan. Lutut
Mak akan sakit kalau
sejuk. Ada sedikit
harapan di hati Mak agar
salah seorang anak Mak
akan menjemput Mak
dengan kereta. Mak
teringin kalau Ateh yang
datang menjemput Mak
dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang
datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak
tidak sedar telepon
berbunyi. Mak ingat
kata-kata ayah , “Kita
tak usah susahkan anak-
anak. Selagi kita mampu
kita buat saja sendiri
apa-apa pun. Mereka
ada kehidupan masing-
masing. Tak p ayah
sedih-sedih. Maafkan
sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak
merasa menaiki kereta
mereka sekarang. Nanti
kalau kita mati kita
masih ada peluang
merasa anak-anak
mengangkat kita kat
bahu mereka.”
Mak faham buah hati
Mak semua sudah besar.
Along dan Angah sudah
beristeri. Ateh, Alang,
Kak Cik dan Adik masing-
masing sudah punya buah
hati sendiri yang sudah
mengambil tempat Mak
di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir,
setitik air mata Mak
jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum
diusik oleh anak-anak
Mak.
Beberapa tahun
kemudian
Mak Uda tanya Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak
Cik dan Adik, “Mana
mak?”.
Hanya Adik yang jawab,
“Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik
tidak sempat melihat
Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di
sisi Tuhannya bukan di
sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis,
Along, Angah, Ateh,
Alang, Kak Cik dan Adik
menerpa kubur Mak.
Hanya batu nisan yang
berdiri terpacak. Batu
nisan Mak tidak boleh
bersuara. Batu nisan
tidak ada tangan macam
tangan Mak yang selalu
memeluk erat anak-
anaknya apabila anak-
anak datang menerpa
Mak semasa anak-anak
Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak
Cik dan Adik berada jauh
di bandar. Kata Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak
Cik dan Adik mereka
tidak dengar handphone
berbunyi semasa ayah
telepon untuk beritahu
mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan
telinga anak-anak Mak
adalah untuk orang lain
bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak
bukan milik Mak lagi.
Hanya hati Mak yang
tidak pernah diberikan
kepada sesiapa, hanya
untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat
merasa diangkat di atas
bahu anak-anak Mak.
Hanya bahu ayah yang
sempat mengangkat
jenazah Mak dalam hujan
renyai.
Ayah sedih sebab tiada
lagi suara Mak yang akan
menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana
Angah?", "Mana Ateh?",
"Mana Alang?", "Mana
Kak Cik?" atau "Mana
Adik?". Hanya Mak saja
yang rajin menjawab
soalan ayah itu dan
jawapan Mak memang
tidak pernah silap. Mak
sentiasa yakin dengan
jawapannya sebab mak
ambil tahu di mana anak-
anaknya berada pada
setiap waktu dan setiap
ketika. Anak-anak Mak
sentiasa di hati Mak
tetapi hati anak-anak
Mak ada orang lain yang
mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur
Mak, Ayah bermonolog
sendiri, "Mulai hari ini
tidak perlu bertanya lagi
kepada Along, Angah,
Ateh, Alang, Kak Cik dan
Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh
bergerak perlahan
membawa Ayah pulang.
Along, Angah, Alang dan
Adik mengikut dari
belakang. Hati ayah
hancur teringat hajat
Mak untuk naik kereta
merah Ateh tidak
kesampaian. Ayah
terbayang kata-kata Mak
malam itu, "Cantiknya
kereta Ateh, kan Bang?
Besok-besok Ateh
bawalah kita jalan-jalan
kat Kuala Lumpur tu.
Saya akan buat kueh koci
buat bekal."
"Ayah, ayah ....bangun."
Suara Ateh memanggil
ayah . Ayah pengsan
sewaktu turun dari
kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah
bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu
berhenti menanya soalan
itu. Sudah 10 tahun Mak
pergi namun soalan
"Mana Mak?" masih
sering keluar dari mulut
Ayah sehingga ke akhir
usia.
Sebuah cerita pendek
buat tatapan anak-anak
yang kadang-kadang lupa
perasaan ibu. Kata orang
hidup seorang ibu waktu
muda dilambung resah,
apabila tua dilambung
rasa. KataRasulullah saw.
ibu 3 kali lebih utama
dari ayah . Bayangkanlah
berapa kali ibu lebih
utama dari isteri,
pekerjaan dan anak-anak
sebenarnya. Solat sunat
pun Allah suruh berhenti
apabila ibu memanggil.
Berapa kerapkah kita
membiarkan deringan
telefon panggilan dari ibu
tanpa berjawab?

12 whooperz:

Mimie.Candy Cane said...

i drop my tears..teringat kt mak yg gigih sediakan apa saja utk anak2 tiapkali anak2 balik kg esp masakan..kitorang adik beradik menghargai dengan pujian n terima kasih..

tq post cerita ni..

Unamn said...

whoopz.. awat sedih citer ni? ;( nanngis bertimba2 dh airnye.. u rawx!

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

sedihnya..xboleh tahan la ;(

zati embong said...

jat pernah terbaca citer ni.tipulah kalau x nangis.huhu

❥ cik sчαғiqαн said...

memang sedih . alahaii . . ibu most important in my life . .
no one can never ever replace her . .

Anonymous said...

sedih nye citer ni. hargaila orang tua kita selagi mereka masih bernyawa. sayangi la mereka seikhlasnya seperti mana mereka menyayangi kita tanpa berbelah bagi.

Unknown said...

cerita ni sedih gileeeee. hmm. rasa nak balik kampung skrg!

HEROICzero said...

Aku mohon Tuhan pegang hati aku , jaga hati aku. biar rasa ini masih sama .


InsyaAllah .

Ddila said...

layanan mak & ayah terhadap anak2 memang berbeza..mak rela tak makan semata-mata nak bg anak dia makan...tp ayah kdg2 rembat jugak makanan anak2 dia...haha.

tp serius..bergenang jugak air mata ni..

Aleen Aiden said...

huuuuuuu,malas komen!

eLL said...

sayangilah mak n ayah sepenuh hati.

asip محمد said...

gua menitik air mata baca entry ni..