BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, March 23, 2010






Seorang bapa pulang ke
rumah dalam keadaan
letih disambut oleh anak
lelakinya yang berusia
tujuh tahun di muka
pintu. “Ayah, boleh tak
Amin tanya satu
soalan ?”“Ya, nak tanya
apa?”“Berapa
pendapatan ayah
sejam ?”“Itu bukan
urusan kamu. Buat apa
nak sibuk tanya ?”“Amin
saja nak tahu ayah.
Tolonglah bagi tahu
berapa ayah dapat sejam
bekerja di pejabat ?”“20
ringgit sejam.”“Oh…”
kata si anak sambil
tunduk menekur lantai.
Kemudian memandang
wajah ayahnya semula
sambil bertanya,
“ Ayah….boleh tak Amin
pinjam sepuluh ringgit
daripada ayah ?”Si ayah
menjadi berang dan
berkata, “Oh, itu ke
sebabnya kamu tanya
pasal pendapatan ayah?
Kamu nak buat apa
sampai mintak sepuluh
ringgit? Nak beli barang
mainan lagi? Jangan nak
membazir. Ayah kerja
penat-penat bukan
untuk buang duit
sebarangan. Sekarang
pergi balik ke bilik dan
tidur, dah lewat dah
ni...”Kanak-kanak tujuh
tahun itu terdiam dan
perlahan-lahan
melangkah kembali ke
biliknya. Si ayah duduk di
atas sofa dan mula
memikirkan mengapa
anaknya yang kecil itu
memerlukan duit
sebanyak itu. Kira-kira
dua jam kemudian si
ayah kembali tenang dan
terfikir kemungkinan
anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk
keperluan di sekolahnya
kerana anaknya tidak
pernah meminta wang
sebanyak itu sebelum ini.
Dengan perasaan
bersalah si ayah
melangkah menuju bilik
anaknya dan membuka
pintu.Didapati anaknya
masih belum tidur.
“Kalau kamu betul-betul
perlu duit, nah ambillah
sepuluh ringgit ini, ” kata
si ayah.Kanak-kanak itu
segera bangun dan
tersenyum girang.
“ Terima kasih banyak
ayah,” katanya begitu
gembira. Kemudian dia
tercari-cari sesuatu di
bawah bantalnya dan
mengeluarkan sekeping
not sepuluh ringgit yang
sudah renyuk.Bila
ternampak duit itu si
ayah kembali berang.
“ Kenapa kamu mintak
duit lagi sedangkan
kamu dah ada duit
sebanyak itu? Dari mana
kamu dapat duit di
bawah bantal tu ?”
Jerkah si ayah.Si anak
tunduk tidak berani
merenung wajah
ayahnya. “Duit ini Amin
kumpul dari belanja
sekolah yang ayah beri
setiap hari. Amin minta
lagi 10 ringgit sebab duit
yang Amin ada sekarang
tak cukup, ” jawab si
anak perlahan.“Tak
cukup untuk beli apa?”
soal balik si ayah.“Ayah,
sekarang Amin sudah
ada 20 ringgit. Ayah
ambil duit ni. Amin nak
beli sejam dari masa
ayah. Amin nak makan
malam bersama ayah, ”
jawab si anak tanpa
berani memandang
wajah ayahnya.Baru si
ayah benar-benar faham
maksud anaknya itu....

0 whooperz: