BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, August 14, 2009

Sejarah H1N1!

BERMULA dari Mexico seterusnya melarat
ke Amerika Syarikat dan akhirnya sampai
ke Asia. Cukup membimbangkan. Ramai yang
tertanya-tanya bagaimana ini berlaku?
Dari seekor binatang, ia boleh berpindah
kepada manusia.

Dalam kenyataan akhbar Ketua Pengarah
Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail
Merican pada 5 Mei lalu, 1, 085 kes
dengan 26 kematian dilaporkan.
Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) masih
lagi mengekalkan tahap amaran Influenza
Pandemik di Fasa 5 dan tidak menyarankan
sebarang tindakan sekatan daripada segi
kesihatan, perjalanan dan perdagangan
serta penutupan sempadan yang perlu
dilakukan oleh mana-mana negara bagi
perlindungan kesihatan antarabangsa.

Maksud Influenza Pandemik ialah kejadian
wabak influenza yang menyerang
sebahagian besar penduduk dunia. Ia
berlaku akibat kemunculan virus
influenza A baru (novel) iaitu penduduk
dunia tidak mempunyai daya ketahanan
badan bagi melawan virus itu.

Sejarah H1N1
Pada 5 Februari 1976, tentera di Fort
Dix, Amerika Syarikat menyatakan dirinya
letih dan lemah kemudian mati
keesokannya. Doktor mengesahkan kematian
berpunca daripada virus influenza A
(H1N1) sebagaimana tahun 1918 akibat
pandemik selesema. Presiden Gerald Ford
diminta mengarahkan rakyat disuntik
dengan vaksin. Namun rancangan suntikan
itu dibatalkan. Pada Ogos 20, 2007 wabak
selesema ini menyerang Nueva Ecija dan
tengah pulau Luzon, Filipina. Pada 1968
,virus Hong Kong membunuh lebih sejuta
orang di seluruh dunia...

Achtung!!! : jgn lupe pakai mask.. Tak0tlah H1N1.. jgn tak0t B1N1! Hahaha..
DISCLAIMER : aku x tak0t B1N1.. C0z i dun hv 0ne.. Hahaha..

0 whooperz: