BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, November 12, 2010

al-fatihah

Bila terpejam lena
Jasadku tidak berdaya
Mencari engkau di mana
Hanya dalam mimpi
indah
Bila aku terjaga
Jasadku terus berdiri
Mencarimu tiada lagi
Berkubur di alam mimpi
Apakah aku yang terlupa
Antara lena dan terjaga
Di waktu malam pemisah
Yang nyata menjadi
mimpi
Di sini engkau menanti
Bersama harum kasturi

Bagai mekarnya bunga
cinta
Di alam nyata penuh
rahsia
Pabila titisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana
menghilang
Entah kenyataan
Engkau biarkan aku
terbuang
Di alam fana cinta
Kau pula berdusta
Ku terpenjara aku
terpenjara
Di dalam lena di dalam
jaga


Lirik lagu di alam fana cintamu..




Penyanyi
Shamrin (gambar) atau
nama sebenarnya Mohd.
Shamrin Abd. Samad,45,
dari kumpulan Fotograf
meninggal dunia petang,
Khamis.
Allahyarham yang
popular dengan lagu Di
Alam Fana Cinta pada
era 90-an dikatakan
rebah ketika bermain
bola sepak di padang
Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru, Kuala
Lumpur kira-kira pukul 6
petang.

Menurut rakannya, Johan
Aziz, Shamrin yang
berasal dari Taman
Mesra, Kajang, Selangor
jatuh di padang selepas
kira-kira 15 minit mereka
bermain bola sepak.
“Ketika dia jatuh, kami
terus membawa dia ke
Hospital Pakar Al-Islam,
Kampung Baru dan
disahkan doktor dia
meninggal dunia, ”
katanya.
Jenazah Allahyarham
kemudiannya di bawa ke
Hospital Kuala Lumpur
untuk bedah siasat.
Sehingga berita ini ditulis
kira-kira pukul 9.15
malam, Khamis,
Johan
yang juga bekas
pengurus kumpulan Slam
masih belum
dimaklumkan oleh pihak
hospital punca kematian
penyanyi itu.
Shamrin telah
melibatkan diri dalam
lapangan muzik secara
serius bersama kumpulan
Fotograf yang
menampilkan album
pertama
berjudul Iramanya
Bergetar pada tahun
1989.
Setelah kejayaan album
itu mereka terus
mengorak langkah
dengan menghasilkan
lima buah album
penuh 7:30 Psikosis
(1990) , Fotograf 92
(1992), Fantasi (1994),
Fokus (1995)dan Juara
Mimpi (1997).

Fotograf pernah
memenangi Lagu Pop
Terbaik, pertandingan
Juara Lagu 1992 untuk
laguDi Alam Fana
Cintamu.
Antara lagu yang
mempopularkan Fotograf
ialah Nafas Kekasih ,
Asmara Gerhana, Panah
Tak Bermata, Aku Yang
Kecewa, Salam Buat
Juwita, Mengejar
Bayangan dan Luka
Seribu Rindu.

7 whooperz:

adrinaqamarina said...

baru baca berita ni semalam.

first! morning love :D

-- said...

baru last wik tengok gambo dia & cakap "hemsemnye pakcik ni..dah tetua pon"

tetau dah ninggal..

dah sampai ajal.

Kay- said...

sedihkan....

al-fatihah utk arwah~

tiafazunia said...

al fatihah.

bunga_rose said...

ermn... masa kite tah bile ntah.. takottt...

...alfatihah~

Unamn said...

innalillah.. semoga rohnya dicucuri rahmat

Redbloodsnow said...

ooo lirik rupernyer. ingatkan ko mule nk berjiwang tulis puisi utk girl ko tdk...hahaha., wat suspen jek ah.