BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, August 24, 2010

budak 3 tahun mati disembelih bapa kandung..

KOTA BHARU 24 Ogos –
Seorang kanak-kanak
lelaki berusia tiga tahun
mati dipercayai
disembelih bapa
kandungnya di sebuah
rumah di Kampung
Sungai Budor di sini hari
ini.
Dalam kejadian pada
11.40 pagi tadi, Mohd
Adam Muzaffar Muhaimi
mati di tempat kejadian
manakala lelaki yang
menyerangnya cedera di
leher dipercayai akibat
cuba menyembelih
dirinya sendiri.
Menurut datuk mangsa,
Nik Hashim Nik Abdullah,
64, beliau menyedari
kejadian itu setelah
diberitahu oleh anaknya,
Nik Suzila, 32 iaitu ibu
kepada Adam Muzzaffar.
Nik Hashim, yang ketika
itu sedang berehat di
rumahnya yang terletak
tidak jauh dari rumah
mangsa, terus
menghubungi polis yang
kemudian menahan
lelaki itu dan merampas
sebilah pisau di tempat
kejadian.
Lelaki terbabit berusia
dalam lingkungan 33
tahun dipercayai pernah
mendapat rawatan
mental di Hospital Raja
Perempuan Zainab II di
sini.
Lelaki itu, seorang
pengawal keselamatan di
sebuah pasar raya di
Kota Baharu, dipercayai
sudah lama tidak makan
ubat bagi rawatan
penyakit mentalnya itu.
Adam Muzaffar adalah
anak kedua daripada
tiga beradik.
Ketika kejadian, adik
bongsungnya, Suhaida, 2,
ditinggalkan oleh ibunya
di rumah Nik Hashim
kerana menolong
jirannya melapah ayam.
Pemangku Timbalan
Ketua Polis Kelantan,
ACP Mazlan Lazim yang
ke tempat kejadian,
berkata kes itu
diklasifikasikan sebagai
kes bunuh.


Credit : mediakini

15 whooperz:

[z@ck] said...

Ya Allah..
*speechless*

Mimie.Candy Cane said...

astaghfirullah....kesiannyee...

adrinaqamarina said...

hey owner blog pemalas (owner blog yang cakap sendiri dye pemalas), saya datang lagi. haha.

err...berikutan post ini komen saya ialah :

tak boleh salahkan dye juga sebab dye mental kan?

~BUTfulsay~ said...

x dpt nk bygkan seksa budak tu.. Astagfirullah.. Mudah2an dia berbahagia di syurga.. aminn...

tujuhhariseminggu said...

x faham la... kenapa yer??? kronik nih...

Whoopz said...

Zack : me t0o..

Mimie : mmg kesian.. Dak kecik jd mangsa..

Adrinaqamarina : gwa salahkan org sekeliling dia.. Nape org mcm tu dibiarkan berkeliaran..

Butfulsay : amin..

7hari : mental depression.. Org gilak.. Memang susah nak paham

-- said...

'bergembira di syurga ye nak'

Whoopz said...

Fida : jom sama2 cr jalan menuju syurga..

wer9740 said...

rakyat malaysia hidup dalam suasana emosi dan tekanan.disebabkan ekonomi yg tidak stabil.bila dapat duit lebih sikit harga barang pula naik,saman ekor blacklist...dan mcm2 lagi.disamping amalan dan pegangan agama yg cetek,,,kaya boleh membuat org islam jadi kufur dan miskin pun boleh menjadi kita kufur..fikir2kan..yg penting segala ilmu yg kita belajar didahulukan untuk beramal bukan semata-mata untuk sijil kerana mencari habuan kerjaya sahaja...

zai said...

sekian berita hari ini.

whoopz yang melaporkan berita live dari blog whoopz! i did it again..


ps : sungguh takde hatiperut

Linglung said...

dah sakit mental, xmakan ubat dah lama, xleh nak cakap ape la kan..

Aida Effarina said...

scary nya.. pity his son sbb jd mangsa, pdhal he know nothg. wuhuu.

Whoopz said...

Wer : gwa syak semua ni pasal global warming.. Semakin ramai manusia 'short circuit' kerana kepanasan..

Zai : hahah.. Entry ni gwa kupi n pes.. Credit to mediakini..

Linglung : yg gwa x phm kenapa org mcm gini masih berkeliaran.. Sepatotnya dia0rg kena dpt treatment.. Letakkan dlm sanitarium..

Aida : anak yg x berdosa jd mangsa.. Sem0ga roh anaknya aman disana..

emak. bukan penari tiang said...

arwah direct masuk syurga..ayah dia wajib duk hospital bahagia..tp kita yang hidup lg neh? Dah taw destinasi masing2??

emak. bukan penari tiang said...

eh! Sori, ter 'emo' pula! :p