BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, March 26, 2010

Betik





Betik merupakan
tumbuhan yang banyak
terdapat di ASEAN.
Tumbuhan ini berasal
dari Mexico Selatan,
namun kini pokoknya
ditanam di hampir semua
negara ber iklim tropika.
Nama saintifiknya Carica
papaya.
Pokok betik ini
menghasilkan buah yang
boleh dimakan. Buah
betik banyak dijual di
pasar-pasar, termasuk
pasar tani, dan pasar
sayur. Pucuk betik sering
dicelur untuk dijadikan
ulam dan dimakan
bersama sambal belacan.
Betik kaya dengan
vitamin A (kulitnya) juga
kalium. Selain itu
terdapat kalsium, besi,
tiamin, riboflavin dan
niasin dalam betik.
Jumlah kalorinya sangat
rendah. Nutrien -nutrien
penting yang terkandung
dalam betik, menjadikan
tumbuhan ini mempunyai
nilai-nilai perubatan
yang tersendiri.
Buah betik yang ranum
kaya dengan vitamin C,
mempunyai kandungan
serat yang tinggi. Betik
juga boleh dimakan bagi
melawaskan perut bagi
sesiapa yang mempunyai
masaalah sembelit.
Kandungan papain dalam
daun juga amat berkesan
untuk melembutkan
daging. Masyarakt
Mexico menggunakan
daun betik bukan sahaja
untuk melembutkan
daging, tetapi juga
dijadikan ubat untuk
asma dan masalah
jantung. Bagaimanapun
jika penggunaan daun
terlalu banyak ia boleh
jadi berbahaya kerana ia
boleh menghasilkan
toksik...

Info : wikipedia

S0 dah taw cite pasal betik.. Memang bgs ar mkn betik ni.. Byk khasiat... Ni ada petua sket pakcik nak share.. Nak dpt betik yg sedap n cun mcm kat gambar kat atas tu.. Wat la mcm gini k..










Bungkus.. Kasi 'support' sket sama betik tu.. Pegi mintak kat umah makcik jiran2 kalau ada 'pembungkus2' lama yg dia0rg da x pakai.. Recycle... Ada jugak faedahnya kan? Har har har..

0 whooperz: