BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, August 22, 2009

KHASIAT BUAH KURMA!


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma)
atau dikenali dalam bahasa saintifiknya
sebagai Phonex dactylifera yang berbuah
dan boleh dimakan sama ada yang masak
atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma
tumbuh di negara-negara Arab dan
mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara
kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah
dan Madinah yang dikatakan mempunyai
berpuluh-puluh jenis. Dikalangan
penduduk di negara-negara Arab kurma
adalah makanan utama mereka, malah
dikalangan orang kita juga kurma sudah
menjadi bahan makanan yang digemari.
Selain rasanya yang manis dan tahan lama
serta tidak perlu dimasak, kurma juga
mempunyai khasiat yang banyak dan
menjadi makanan utama Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin
Jaafar katanya : "Aku melihat
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam memakan buah-buahan dengan
kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam telah menyebutkan tentang
khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin
Abdullah yang disampaikan oleh Marwan
yang mendapat berita daripada Ibnu
Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar
bapanya meriwayatkan Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda : "Sesiapa yang memakan 7
biji tamar ‘Ajwah’ dia akan
terkawal daripada kejutan syaitan dan
sihir pada hari itu".


Khasiat kurma "Ajwah"
sebagaimana yang tersebut di dalam hadis
di atas merupakan satu kelebihan yang
dikurniakan Allah Subhanahu Wataala
sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis
kurma pertama yang ditanam sendiri oleh
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an
ayat yang menyatakan tentang kelebihan
buah kurma ini, yang dialami oleh
Sayydatuna Maryam ketika beliau
mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam
sebagaimana tersebut di dalam surah
Maryam ayat 25 :



Tafsirnya : "Dan gocangkan batang
kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan
atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat
buah kurma kepada kaum wanita yang
sedang dalam nifas, bila mana Allah
memerintahkan Maryam memakannya sedang
beliau dalam keadaan lemah selepas
bersalin. Penemuan kajian sains tentang
khasiat buah kurma yang kaya dengan
unzur zat besi dan kalsium telah
membuktikan bahawa perubatan cara Islam
yang terkandung di dalam al-Qur’an
dan hadis Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis
perubatan yang semata-mata sesuai dengan
keadaan iklim masyarakat Arab sahaja
atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia
adalah perubatan yang diiktiraf oleh
dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik
daripada ubat-ubatan moden yang
menggunakan berbagai campuran dadah yang
boleh mengakibatkan kesan sampingan yang
lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat
di dalam buah kurma adalah unsur yang
paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah
kekurangan susu, maka dengan memakannya
dapat menggalakkan pertambahan kandungan
susu. Ianya juga berperanan dalam
pertumbuhan kanak-kanak damit dan
pembentukan darah dan sumsum tulang.
Antara kajian lain yang dijalankan
membuktikan bahawa kurma antara makanan
yang paling pantas diproses sebagai
bekalan tenaga. Kurma tersebut akan
segera dibakar dan ia akan disalurkan ke
bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
menganjurkan kita supaya berbuka puasa
dengan buah kurma sebagaimana sabdanya
daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam berbuka puasa dengan beberapa
biji buah kurma sebelum sembahyang.
Sekiranya tiada terpadat kurma, maka
Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam akan berbuka
dengan beberapa biji anggur. Sekiranya
tiada anggur, maka Baginda meminum
beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa
hadis lain yang menganjurkan agar kita
berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin
Malik, beliau berkata : "Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka
dengan kurma dan barangsiapa yang tidak
mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka
dengan air kerana sesungguhnya air itu
pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan
kelebihan buah kurma :



Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia
berkata : "Saya mendengar
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda : "Hindarilah api
neraka walaupun (dengan memberi sedekah)
sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah
kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita
bersedekah sebelah buah kurma kita
terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan
kesihatan mereka agar sentiasa dapat
dijaga dengan baik, buah kurma adalah
amat sesuai dijadikan sebagai salah satu
makanan harian mereka khususnya di waktu
pagi sebelum memulakan sebarang tugas
harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai
dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

0 whooperz: