BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, July 28, 2009

Milford Sound in New Zealand
ASMARA ORG PENCEN
Di suatu malam yang dingin, di dalam
sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang
suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi
isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang
tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar,
menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri
bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium
saya."

Si suami dengan rasa terganggu,
mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri
bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu
gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si
suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana
tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

0 whooperz: